Selamat Datang Ke Rumah Melayu

Pusat Kecemerlangan Bahasa Melayu
IPG Kampus Bahasa Melayu Kuala Lumpur

Friday 27 May 2011

Tahniah dan Selamat Menjalankan Tugas Timbalan Pengarah

Pada 24 Mei 2011, Mesyuarat M3P IPGKBM telah mengumumkan bahawa kekosongan jawatan Timbalan Pengarah akan diisi oleh YBhg Dr. Hj. Ali Bin Mahmood untuk menjalankan tugas secara rasmi. Bekas Timbalan Pengarah telah kembali ke rahmatullah pada hari Ahad, 8 Mei 2011 bersamaan 4 Jamadilakhir 1432. Semoga roh beliah beliau ditempat bersama-sama dengan orang-orang yang mendapat kemenangan di sisi Allah swt.
PKBM mengucapkan syabas dan tahniah kepada Dr. Hj. Ali Bin Mahmood atas perlantikan tersebut semoga tugas dan tangggungjawab yang telah diamanahkan itu dapat dilaksanakan dengan bijaksana dan mendapat sokongan yang jitu dari semua jabatan dan unit. Selamat Menjalan Tugas.  

Friday 22 April 2011

Selamat Datang Pengarah Baru IPGKBM

Pada April 2011, IPG Kampus Bahasa Melayu telah menerima kehadiran Pengarah Baru, YBhg. Datin Dr. Fowzia Binti Osman. Bagi menyambut kedatangan  beliau satu majlis ringkas telah diadakan bagi  mengalu-alukan kedatangan beliau pada 4 April 2011 di Bilik Mesyuarat Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim, IPGKBM. Majlis dihadiri oleh Ketua-ketua Jabatan dan Unit, Pensyarah Kanan, Pensyarah dan Staf Pengurusan.

Friday 25 March 2011

Pidato IPGM - IIM

Pertandingan Pidato IPGM-IIM dijadualkan akan berlangsung pada dari 9/4 hingga 11/4/2011. Pertandingan ini akan diadakan di Institut Integriti Malaysia, Kuala Lunpur dengan disertai oleh 27 buah IPG seluruh Malaysia. Jawatankuasa pelaksana aktiviti ini sedang giat membuat persiapan untuk memenuhi segala keperluan pertandingan yang dijangka begitu sengit seperti yang telah diadakan pada tahun 2010. Juara Pidato 2010 yang disandang oleh IPG Kampus Pendidikan Islam, Bangi akan ditentang hebat oleh lima IPG nich Bahasa Melayu iaitu IPG Kampus Bahasa Melayu, IPG Kampus Ipoh, IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, IPG Kampus Kent dan IPG Kampus Rajang, Sarawak.